Monday 23 May 2011

Apabila Ajal Telah Tiba

Alkisah tersebutlah cerita seekor kucing betina yang sedang tercedera di atas jalan raya yang sibuk pada waktu pagi. Maka terkial-kial si kucing betina cuba bangun berjalan tetapi tidak terdaya.
          Si kucing jantan cuba menyelamatkan nyawa si kucing betina. Tubuh kucing betina yang tercedera digerak-gerakkan dengan mengusap bulu kucing betina tetapi tidak mampun bangun lagi.
          Si kucing jantan bimbang sesuatu yang buruk akan terjadi. Dia bimbang kucing betina dilanggar kenderaan yang lalu lalang. Si kucing jantan menoleh ke sana sini jika sesiapa boleh membantu malangnya tiada.
          Si kucing jantan kemudian berlari mencari makanan untuk isterinya. Tidak lama kemudian, si kucing jantan kembali semula menghulurkan makanan ke mulut isterinya yang kelaparan. Sedari pagi, mereka hanya menjamah sedikit makanan.
          Si kucing jantan menguit-nguit isterinya. Dia cuba menggerakkan kucing betina supaya bangun semula. Tapi apakan daya si kucing betina tecungap-cungap.
          Setelah usahanya mengalih si kucing betina ke tepi tidak berjaya, si kucing jantan berlari ke tepi apabila melihat sebuah kenderaan lalu dan…
          Sebaik kenderaan itu pergi, si kucing jantan mendapati kucing betina tergolek! Kepalanya terkulai!
          “tolong! Tolong!” raung si kucing jantan.
Pekikan kucing jantan hanya sia-sia. Tiada siapa yang dapat mendengar dan membantunya.
          Alangkah sedih hati si kucing jantan. si kucing jantan merasa sepi tanpa burung betina. Dia tidak menyangka kucing betina pergi meninggalkannya.
          Pagi itu si kucing jantan tidak berganjak dari sisi mayat si kucing betina, biarpun orang yang disayangi tidak bernyawa lagi.
          Kepada pembaca, ambillah iktibar dari cerita ini. Sedangkan seekor kucing sanggup menyelamatkan nyawa sahabatnya tetapi kita bagaimana? Ingatlah bahawa haiwan juga mempunyai perasaan dan mereka juga adalah makhluk Allah.

Mi Bandung

Selepas beberapa bulan, Shaari mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya. Ratna didapati hamil.
          Shaari tidak mahu rumah tangganya hancur. Dia mengambil keputusan balik ke bandung melahirkan anak mereka di sana.
          Shaari berjanji akan menanggung kos untuk anak tersebut sehinggalah umurnya 18tahun.
          Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Shaari menyuruh Ratna menulis sekeping poskad menulis perkataan ‘Mi Bandung’ setelah anak mereka lahir nanti.
          Poskad itu bagi memaklumkan Shaari supaya menghantar segala urusan perbelanjaan untuk anaknya.
          Satu hari, semasa Shaari pulang dari kerja, isterinya Salina menegur dengan muka yang pelik.
          “Bang.. abang dapat poskad peliklah hari ni..”
          “Oh tak pe.. bagi poskad tu kata bang.. nanti abang check dulu apa ke benda yang pelik tu..” kata Shaari.
          Salina pun terus memberi poskad itu kepada suaminya. Serta merta wajahnya bertukar menjadi biru, unggu dan terus pengsan!
          Poskad itu berbunyi:
          “mi bandung, mi bandung, mi bandung, mi bandung- dua ada telur, dua tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"
          

Nyanyuk

Suatu hari, tiga orang nenek berkumpul masing2 bercerita perihal diri yang sudah nyanyuk.

NENEK A: umur aku dh 60 tahun. Sekarang ni aku mula dah nyanyuk.. aku kadang2 terlupa kat mana kita bersembang ni? Kat tangga rumah aku ke, kat beranda?

NENEK B: aku lagilah.. kalau aku nak naik tangga lepas tu aku jumpa tangga tu balik. Aku kena fikir lama… aku tengah naik tangga ke nak turun tangga..

NENEK C: apalah kamu ni.. muda2 lagi dh nyanyuk.. tengok macam aku ni, umur dh 90 lebih, masih steady, otak fresh lagi.. boleh baca majalah tak nyanyuk pun..
Semasa berbual2. Nenek C ketawa mengekek-ngekek sambil mengetuk meja kerana terlalu geli hati. Tak lama kemudian nenek C diam sambil berkata “Eh, siapa pula yang ketuk pintu rumah aku tadi??”