Monday 23 May 2011

Apabila Ajal Telah Tiba

Alkisah tersebutlah cerita seekor kucing betina yang sedang tercedera di atas jalan raya yang sibuk pada waktu pagi. Maka terkial-kial si kucing betina cuba bangun berjalan tetapi tidak terdaya.
          Si kucing jantan cuba menyelamatkan nyawa si kucing betina. Tubuh kucing betina yang tercedera digerak-gerakkan dengan mengusap bulu kucing betina tetapi tidak mampun bangun lagi.
          Si kucing jantan bimbang sesuatu yang buruk akan terjadi. Dia bimbang kucing betina dilanggar kenderaan yang lalu lalang. Si kucing jantan menoleh ke sana sini jika sesiapa boleh membantu malangnya tiada.
          Si kucing jantan kemudian berlari mencari makanan untuk isterinya. Tidak lama kemudian, si kucing jantan kembali semula menghulurkan makanan ke mulut isterinya yang kelaparan. Sedari pagi, mereka hanya menjamah sedikit makanan.
          Si kucing jantan menguit-nguit isterinya. Dia cuba menggerakkan kucing betina supaya bangun semula. Tapi apakan daya si kucing betina tecungap-cungap.
          Setelah usahanya mengalih si kucing betina ke tepi tidak berjaya, si kucing jantan berlari ke tepi apabila melihat sebuah kenderaan lalu dan…
          Sebaik kenderaan itu pergi, si kucing jantan mendapati kucing betina tergolek! Kepalanya terkulai!
          “tolong! Tolong!” raung si kucing jantan.
Pekikan kucing jantan hanya sia-sia. Tiada siapa yang dapat mendengar dan membantunya.
          Alangkah sedih hati si kucing jantan. si kucing jantan merasa sepi tanpa burung betina. Dia tidak menyangka kucing betina pergi meninggalkannya.
          Pagi itu si kucing jantan tidak berganjak dari sisi mayat si kucing betina, biarpun orang yang disayangi tidak bernyawa lagi.
          Kepada pembaca, ambillah iktibar dari cerita ini. Sedangkan seekor kucing sanggup menyelamatkan nyawa sahabatnya tetapi kita bagaimana? Ingatlah bahawa haiwan juga mempunyai perasaan dan mereka juga adalah makhluk Allah.

No comments:

Post a Comment